Criminal Lawyer
Peguam Jenayah
刑事律師 குற்றவியல் வழக்கறிஞர்
Tel: 012 223 0619
Faks: 03 2178 4805
E-mel: gcy@gohciayee.com
33-01, Tingkat 33,
Menara Keck Seng
203, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
GOH CIA YEE
-
Member of the KL Bar Criminal Law Practice Committee (2022)
-
Member of the Taskforce on IPCMC and Police Accountability
-
Member of the Young Lawyers Movement
ADVOCATE & SOLICITOR
LL.B. (HONS) NOTTINGHAM
BARRISTER-AT-LAW, MIDDLE TEMPLE
Goh Cia Yee merupakan seorang graduan Universiti Nottingham pada tahun 2017 dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian). Beliau kemudiannya telah mengaji Kursus Latihan Profesional Bar di University of Law, London Bloomsbury dan telah diterima masuk ke dalam Bar England dan Wales di Honourable Society of the Middle Temple pada tahun 2018. Beliau kemudiannya diterima masuk sebagai seorang Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi di Malaya pada tahun 2019, dan telah mengamalkan litigasi jenayah di firma undang-undang jenayah terkemuka, Tetuan Sivananthan.
Goh Cia Yee mempunyai pengalaman yang luas dalam pengendalian pelbagai jenis kes-kes jenayah yang melibatkan pelanggan korporat, tahanan dalam reman, orang yang disiasat (OYDS) dan tahanan tanpa bicara untuk pelbagai jenis kesalahan seperti kesalahan rasuah, menipu, rompakan berkumpulan, pembunuhan, pengedaran dadah, rogol berkanun, pemerdagangan manusia, imigresen dan lain-lain lagi.
Sebagai seorang peguam yang mempunyai kepakaran dalam kes-kes jenayah, beliau mempunyai pemahaman yang kukuh dan mendalam tentang proses sistem jenayah di Malaysia dan beliau sentiasa berusaha untuk memberi tahap perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggannya.
Goh Cia Yee juga merupakan seorang ahli Pergerakan Peguam Muda (YLM), sekumpulan individu yang bersemangat untuk memperbaiki keadaan kerja bagi peguam-peguam muda di Malaysia. Pada masa lapang, beliau menyalurkan semangatnya untuk hak asasi manusia dalam tulisan dan artikelnya, dengan harapan untuk menyumbang kepada perubahan yang lebih besar kepada negaranya.