top of page
Goh Cia Yee-025 (1).png

-T.S. Ng

"Needed urgent representation and Mr. Goh was highly recommended by my friend. He showed up promptly and immediately smoothen things over.

He was really reassuring and presented all possible scenarios and options. Truly the best lawyer to have when you're in a pinch because he's really compassionate, calming and most importantly competent."

PODCAST

Mengapa memilih Goh Cia Yee?

JUJUR

Di Tetuan Goh Cia Yee, kami berhasrat untuk memberi anda nasihat undang-undang yang jujur dan telus. Sebagai profesional, pihak kami berhasrat untuk memastikan bahawa nasihat yang diberikan adalah nasihat yang berasas dan realistik.

Tugas kami adalah untuk membantu anda dan keluarga anda melalui proses sistem jenayah di Malaysia, berkomunikasi dengan pihak polis/penjara untuk anda, menasihati anda tentang merit kes anda dan berjuang di mahkamah untuk anda atau orang tersayang anda.

Kami juga memberi khidmat nasihat kepada mereka yang khuatir akan kemungkinan siasatan jenayah dimulakan terhadap mereka.

Kami juga membantu mangsa dan keluarga mereka dengan memastikan bahawa hak mangsa dihormati dan dipertahankan di Mahkamah. 

KOS RENDAH

Sebagai firma kecil yang mempunyai kepakaran dalam undang-undang jenayah, kami dapat memberi khidmat nasihat dengan kos yang munasabah tanpa apa-apa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan kami.

SENANG UNTUK DIHUBUNGI

Firma kami mempunyai fokus terhadap beberapa kes setahun dan hal ini membolehkan peguam kami untuk memastikan bahawa tidak ada masalah komunikasi dengan klien kami. Firma kami mementingkan aspek komunikasi dengan klien kami dan kami berusaha untuk memastikan bahawa sebarang pertanyaan klien kami dapat dijawab dengan jelas dengan kadar segera.

Dengan kami, kamu tidak perlu risau peguam tidak menjawab panggilan telefon kamu atau tidak dapat dihubungi. Peguam kami sentiasa bersedia untuk membantu.

bottom of page